Kombo Terapi Maknawi

.jpg)
ISBN: 978-605-193-511-9
Muka surat: 64ms
Berat: 0.4kg
Saiz buku: 13.5cm x 18.9cm
Cetakan pertama Tahun 2022
Sinopsis:
Buku Munajat Nabi Yunus Dan Ayub terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama ialah risalah yang berkaitan dengan Munajat Nabi Yunus A.S ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, bahagian kedua berkaitan dengan Risalah mengenali Munajat Nabi Ayub A.S. yang diuji oleh Allah s.w.t dengan penyakit ditimpa baginda, dan bahagian ketiga pula berkaitan dengan Risalah Cinta (يا باقي أنت الباقي). Dua Risalah dalam buku ini iaitu Munajat Nabi Yunus & Ayub mempersembahkan kepada pembaca pedoman yang boleh diambil daripada ujian 2 Nabi yang agung yang sabar menghadapi dugaan mereka yang maha dahsyat. Manakala Risalah yang ketiga membicarakan fitrah manusia yang sukakan akan kekekalan. Disebabkan itu, cinta yang benar hakikatnya menyalurkan cinta kepada sesuatu kerana Allah s.w.t barulah cinta itu kekal.


.jpg)
ISBN: 978-605-193-510-2
Muka surat: 80ms
Berat: 0.4kg
Saiz buku: 13.5cm x 18.9cm
Cetakan pertama Tahun 2022
Sinopsis:
Keistimewaan buku Risalah Untuk Para Pesakit ialah ditulis selama 4 jam setengah sahaja yang disaksikan oleh anak murid Imam Nursi iaitu Husrev, Rushdu & Refat. Ia ditulis lebih cepat berbanding dengan Risalah-Risalah lain dan hanya disemak sekali sahaja. Buku ini seperti draf pertama yang tidak diubah apa-apa oleh pengarang seusai menamat menulisnya. Risalah Untuk Para Pesakit juga digelar sebagai Lama’at ke-25.
Di dalamnya terdapat 25 ubat spiritual yang sesuai dibaca oleh mereka yang mengalami penyakit dan musibah. Hal ini kerana kesemua ubat itu mengandungi hikmah-hikmah Allah s.w.t mendatangkan penyakit kepada manusia dan kelebihan menziarahi para pesakit. Semua ubat ini diambil khusus daripada farmasi Al-Quran yang sangat mujarab kepada segala makhluk.



.gif)
